اهلا و سهلا و مرحبا بكم

اهلا و سهلا و مرحبا بكم

Selamat Datang ke Blog Panitia Pendidikan Agama Islam SK Bandar Tun Hussein Onn 2,Cheras,Selangor.

Sunday, 17 July 2011

HUKUM BERSALAM

Setelah beberapa kali diajukan soalan oleh pelajar-pelajar berkaitan hukum bersalam ketika hari raya dengan saudara mara,terpanggil untuk panitia menjelaskan perihal bersalam.

Fatwa terkini Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat): dalam bab bersalaman dengan wanita:

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.

Rujukan lanjut: alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat (Fatwa-fatwa
Semasa).bab wanita dan
kekeluargaan

sekian

No comments:

Post a Comment