اهلا و سهلا و مرحبا بكم

اهلا و سهلا و مرحبا بكم

Selamat Datang ke Blog Panitia Pendidikan Agama Islam SK Bandar Tun Hussein Onn 2,Cheras,Selangor.

Wednesday, 6 July 2011

ASAS ULUM SYARIAH-Tahun 6

Allah Bersifat Kalam ( maha Berkata-kata)

Pengertian Kalam:Maha Berkata-kata
Maksudnya ialah Allah taalah berkata-kata tidak sebagaimana makhluk yang menggunakan mulut dan alat-alat bantu bercakap yang lain.

Hukum Beriman dengan sifat kalam:Wajib

Dalil Naqli:

Maksudnya:Dan Allah telah berkata-kata kepada nabi Musa dengan kata-kata( Secara langsung ,tidak ada perantaraan)

Dalil Aqli;Bisu ialah sifat kelemahan manusia,sedangkan Allah tiada kelemahan,mustahil allah bersifat Bisu.Allah tidak Bisu bahkan maha berkata-kata.

Kesan beriman Dengan Sifat Kalam Allah:

1.Seseorang itu akan terdorong untuk melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
2.Akan dikasihi oleh Allah dan mendapat pahala.
3.Hidup mereka akan sejahtera dan dihormati masyarakat.

No comments:

Post a Comment