اهلا و سهلا و مرحبا بكم

اهلا و سهلا و مرحبا بكم

Selamat Datang ke Blog Panitia Pendidikan Agama Islam SK Bandar Tun Hussein Onn 2,Cheras,Selangor.

Tuesday 27 March 2012


BELI EMAS SECARA ANSURAN DAN PAJAKAN AR RAHNU

Belian emas secara ansuran adalah RIBA’, manakala belian emas secara Ar-Rahnu ada DUA HUKUM IAITU  HARUS dan RIBA’ (mengikut kaedah-kaedah dibawah)

1. Kaedah pertama: Membeli emas dengan duit pajakkan emas sendiri
HARUS pada syarak jika emas yang dipajak asalnya adalah 100% milik pemajak dan duit hasil pajakan tersebut dibuat untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.

Contoh:
Ahmad memajak emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 (harga semasa emas dunia) lalu mendapat wang tunai hasil pajakannya itu berjumlah RM11,200 (30% daripada RM16,000) daripada pihak Ar-Rahnu.
Ini kerana nilai marhun daripada pihak Ar-Rahnu sendiri ialah RM16,000 untuk emas seberat 100 gram. Wang pajakan berjumlah RM11,200 tersebut digunakan Ahmad untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.

2. Kaedah kedua: Belian emas 70%-30% / 65%-35% melalui pihak ketiga
HARAM (RIBA’) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak – iaitu harga emas ditentukan oleh penjual (pihak ketiga – dalam kes ini pihak Ar-Rahnu) mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 30% atau 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yang diberikan dari pajakkan emas tadi.
Hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad, tetapi di dalam kes ini dalam 1 urusniaga ada 2 akad.
Dalam kes ini juga pihak pembeli terpaksa “membeli” emas dari pihak ketiga (bukan pihak penjual) secara ansuran.

Contoh:
Ahmad (pihak penjual) menjual emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 melalui Ar-Rahnu kepada Ramli (pihak pembeli). Ar-Rahnu (pihak ketiga) menetapkan nilai marhun emas 100 gram milik Ahmad ialah RM16,000 lalu Ar-Rahnu memberi wang tunai kepada Ahmad berjumlah RM11,200 (70% daripada RM16,000).
Emas yang pada asalnya milik Ahmad tersebut dipajak atas nama Ramli sebagai pemilik. Kemudian Ramli membayar baki RM4,800 (30% daripada RM16,000) kepada Ahmad sebagai bayaran belian emas tadi.
Ahmad telah mendapat wang tunai berjumlah RM16,00 manakala Ramli yang membeli emas tersebut mendapat surat pajak dari Ar-Rahnu. Ramli terpaksa menjelaskan baki RM11,200 termasuk upah simpan jika Ramli ingin mendapatkan dan menyimpan emas 100 gram tersebut dengan sendiri.


Rujukan:
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000

No comments:

Post a Comment